Video  | Hiburan

Nora reda pemergian anak tercinta

Penyanyi terkenal, Nora Ariffin kehilangan kata-kata dengan pemergian anak keduanya, Muhammad Syakir Alif ke ramahtullah pada Sabtu. Dalam nada sebak, artis kesayangan ramai itu berkata, tidak ada mana-mana ibu yang menjangka akan kehilangan cahaya mata lebih-lebih lagi pada usia yang sangat muda. Namun begitu, Nora berkata, dia reda menerima ketentuan Allah yang lebih menyayangi Alif dan menjemputnya pada usia 20 tahun.