Tutup

Video  | Hiburan

Persediaan konsert akhir Big Stage

Kemuncak program rancangan realiti baharu Big Stage malam ini bakal menyaksikan seorang bintang dinobatkan menjadi juara. Lima finalis yang berjaya melangkah ke minggu akhir iaitu Syafiq Farhain, Sarah Suhairi, Afieq Shazwan, Wani Kayrie dan Baby Shima bakal berentap merebut tempat pertama. Konsert akhir yang akan bermula jam 9 malam sebentar lagi akan dibawakan secara langsung di saluran Ria dan Ria HD, untuk lanjut kita bersama Geegee Ahmad yang kini berada di Wisma MBSA Shah Alam.