Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Video  | Hiburan

To'ki, isteri bahagia tinggal di pondok kecil

Di luar pengetahuan ramai, sejak lebih setahun lalu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Biasan, To'ki melalui kehidupan yang serba sulit. Ekoran kesempitan kewangan, To'ki dan isterinya, Sharifah Fairuz Syed Yusof tiada pilihan lain selain berlindung di sebuah pondok serba daif di pinggir hutan Batu 12, Gombak, Selangor. Biarpun kecil, namun To'ki bahagia dapat berlindung di pondok yang mungkin tidak sanggup untuk didiami orang lain.