Tutup

Video  | Hiburan

Uqasha sebak, adik sudah ada kehidupan baharu

Aktres Uqasha Senrose nyata tidak dapat sembunyikan rasa sebak susulan perkahwinan adiknya Nelydia Senrose yang selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid hujung minggu lalu. Uqasha menerusi entry terbaharu di akaun Instagram miliknya, sempat berkongsi luahan buat Nelydia, dan memuji adiknya itu tentang betapa cantiknya beliau ketika mengenakan gaun pengantin.