awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rasuah tender perolehan Tentera Darat: 26 syarikat kini disiasat SPRM
Bursa Malaysia ditutup tinggi naik 0.63 peratus disokong kenaikan saham teknologi
Selangor FC lantik Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha jayakan Wawasan 2020 mesti diteruskan, kata Tun Mahathir

Bernama
Bernama
29/01/2014
23:56 MYT
Usaha jayakan Wawasan 2020 mesti diteruskan, kata Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diwawancara oleh juruhebah Bernama Radio24 pada Program 'Dalam Radar Khas" bersama Tun Dr Mahathir Mohamad meniti cabaran Wawasan 2020. -- fotoBERNAMA
Rakyat mesti meneruskan usaha untuk mencapai Wawasan 2020 jika agenda itu tidak dicapai dalam tempoh yang sepatutnya, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kita harus meneruskan usaha ini untuk mencapai matlamat yang sama," katanya ketika ditemu bual menerusi program Dalam Radar Khas terbitan Bernama Radio24 di sini pada Rabu.
"Mungkin dengan nama berbeza, tetapi nama tidak penting, pencapaianlah yang penting," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai apa yang akan berlaku jika Wawasan 2020 yang diilhamkan beliau pada 1991, gagal dicapai.
Wawasan 2020 menggariskan sembilan matlamat utama, termasuk mewujudkan negara Malaysia bersatu untuk dikongsi bersama dan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.
Dr Mahathir berkata banyak matlamat yang dirancang kerajaan untuk membangunkan ekonomi berjaya dicapai dalam usaha untuk menjadikan Malaysia negara maju.
"Rakyat telah capai banyak kemajuan, termasuk orang Melayu yang sudah meningkat pencapaian dari segi pendapatan, ilmu pengetahuan dan taraf sosial.
"Kalau dibuat satu audit tentang keadaan sewaktu Wawasan 2020 ini dilancarkan berbanding sekarang, kemajuan yang dicapai sangat pesat," kata Dr Mahathir.
Tidak dinafikan ada sebilangan kecil yang tidak bernasib baik dan tercicir, katanya dan menambah, golongan ini masih boleh berjaya jika mereka berusaha untuk melengkapkan diri dengan kebolehan tertentu.
"Tetapi, tidak mengakui kemajuan telah dicapai, adalah sesuatu yang tidak kena," kata Dr Mahathir.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Wawasan 2020
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan