Tutup

Laporan Ketua Audit Negara tahun 2013 Siri 2 dibentang

Sebanyak 230 syor dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara tahun 2013 Siri 2 bagi membantu Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri membuat penambahbaikan serta memperbaiki kelemahan yang dilaporkan. Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, berkata, daripada jumlah itu, Jabatan Audit Negara mengemukakan 55 syor kepada Kerajaan Persekutuan, 31 syor kepada Badan Berkanun Persekutuan dan 144 syor kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri.