Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

15 Mac tarikh pengurusan kes rasuah Lim Guan Eng

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menetapkan 15 Mac depan sebagai tarikh pengurusan berhubung dua tuduhan rasuah membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon. Keputusan dibuat Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail selepas mengambil kira proses rayuan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.