Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

16,584 peniaga terkesan bazar Ramadan tutup, Selangor tumpu digitalisasi - MB

Seramai 16,584 peniaga akan terkesan susulan Kerajaan Selangor membatalkan bazar Ramadan di negeri itu buat ketika ini susulan penularan wabak COVID-19. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata sebab itu kerajaan negeri memberi tumpuan kepada memperkenalkan beberapa aspek adaptasi budaya digitalisasi membabitkan golongan usahawan di negeri itu.