Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

194 kanak-kanak mengadu sunyi di talian Kasih

194 kanak-kanak yang membuat panggilan di talian Kasih 15999 mengadu mengalami kesunyian. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, angka berkenaan merangkumi 56 peratus daripada 264 panggilan yang dibuat melalui talian kendalian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.