Tutup

1MDB: Tiada apa yang disembunyikan

1Malaysia Development Berhad, 1MDB memaklumkan bahawa syarikat itu tidak menyembunyikan sebarang perkara. Dalam temuramah program khas 'Bernama TV with Arul Kanda' menerusi Astro 502, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berkata adalah mustahil untuk syarikat itu berbuat demikian. Menurutnya, 1MDB dipantau rapi lima agensi siasatan iaitu Bank Negara, Jabatan Audit Negara, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.