Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

20 peratus hotel henti operasi sementara, tutup sepenuhnya

Sebanyak 20 peratus daripada seribu dua ratus buah hotel di bawah Persatuan Perhotelan Malaysia (MAH) berdepan tindakan menutup operasi sepenuhnya atau menangguhkanya dalam tempoh enam bulan susulan pandemik COVID-19. Presiden MAH, Halim Merican berkata, perkara itu telah menjejaskan sebanyak enam ribu kakitangan industri terbabit yang terpaksa diberhenti kerja atau mengambil cuti tanpa gaji dalam tempoh tertentu.