Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

24 Individu ingkar PKP disaman polis Selangor

Sebanyak 24 individu disaman Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor kerana keluar tanpa alasan munasabah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Asisten Komisioner Mohd Ismail Muslim berkata, saman itu dikeluarkan dalam operasi yang bermula dari pukul 4 petang hingga pukul 12 tengah malam, Rabu.