Tutup

29,619 pengundi Kimanis tunai tanggungjawab hari ini

Seramai 29 ribu 619 orang daripada 29 ribu 664 pengundi biasa yang layak mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu mereka pagi ini. Sebanyak 19 pusat mengundi melibatkan 68 saluran akan dibuka dari 7.30 ?pagi hingga 5? petang bagi membolehkan pengundi menunaikan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pemilih berdaftar.