Tutup

3 maut, 12 cedera kemalangan

Pasangan suami isteri antara tiga yang maut manakala 12 lain cedera dalam kemalangan di kilometer 15, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, di Gua Musang, Kelantan. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, nahas yang berlaku kira-kira pukul 4.50 pagi itu ketika kenderaan Toyota Avanza dinaiki pasangan bersama tiga anak mereka dalam perjalanan dari Kuala Lipis ke Gua Musang.