Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

30% rakyat Malaysia masih belum menyambung ke sistem pembentungan

30 peratus rakyat Malaysia masih belum melakukan penyambungan dari tangki septik di kediaman mereka ke sistem pembentungan awam sedia ada. Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr. Zaini Ujang menyaran penyambungan itu dilakukan segera supaya dapat mengurangkan tahap pencemaran kumbahan, sekali gus meningkatkan kualiti persekitaran hidup yang lebih mampan.