4 remaja pelumba haram dicekup

Empat pelesit jalanan ditangkap ketika berlumba haram manakala 11 pemandu mabuk dicekup dalam Ops Samseng Jalanan dan Ops Mabuk di ibu negara malam tadi. Difahamkan, empat remaja yang sedang berlumba haram itu diberkas ketika melakukan aksi superman di Lebuhraya DUKE.