4 suspek samun kedai emas di Rawang

Sebuah kedai emas rugi lebih RM500,000 dalam tempoh beberapa minit apabila beberapa dulang emas dilarikan empat lelaki bersenjatakan tukul dan pistol. Insiden berlaku di dalam sebuah pasaraya dekat Rawang sekitar pukul 4 petang Jumaat.