Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

4 warga Myanmar ditahan cuba rentas negeri dari Pahang ke Terengganu

Tindakan empat lelaki Myanmar merentas negeri dengan alasan mahu mencari kerja tidak kesampaian selepas ditahan dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Perasing, Kemaman. Empat warga asing berusia antara 20 hingga 25 tahun itu ditahan bersama seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun yang membawa mereka masuk ke negeri itu.