Tutup

41 penyokong Harimau Malaya dan Garuda ditahan

Seramai 41 penyokong yang menghadiri perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Indonesia pada selasa ditahan selepas disyaki terlibat insiden kekecohan. Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, pihaknya menahan 27 penyokong Malaysia dan 14 penyokong Indonesia selepas tamat perlawanan.