announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

42 kes libatkan pelajar dicatatkan sepanjang 2019 di Terengganu

Rogol secara berkumpulan, ugutan jenayah serta dadah antara kesalahan yang direkodkan membabitkan pelajar di negeri Terengganu. Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata bagaimanapun penglibatan golongan itu terutamanya dalam kes jenayah dan penyalahgunaan dadah masih terkawal.