Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

42 rumah Polyhome akan diagihkan kepada golongan sasar

Kementerian Pengajian Tinggi sedia bekerjasama dengan pihak yang berminat melaksanakan pembinaan rumah komuniti Polyhome di kawasan parlimen masing masing dalam menyediakan kediaman kepada golongan miskin di negara ini. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata kejayaan politeknik Malaysia membangunkan bidang kajian dan penyelidikan Polyhome yang dibina dengan kos 20 ribu ringgit sekaligus menjadi medan memperkasakan pembelajaran dan pengajaran TVET.