Tutup

5 kes difteria di Pulau Pinang babitkan pesakit dewasa

Kementerian Kesihatan mengesahkan lima daripada enam kes disyaki jangkitan difteria di Pulau Pinang dikesan membabitkan lima pesakit dewasa, manakala hanya seorang sahaja kanak-kanak bawah umur tujuh tahun. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata, ujian lanjut mendapati, tiga kes adalah negatif, manakala tiga kes lagi dikategorikan sebagai kes 'kemungkinan'.