Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

50 sekolah di Perlis rosak, bumbung dimakan anai-anai

Sekitar 50 buah sekolah daripada keseluruan 104 buah sekolah di seluruh negeri Perlis mengalami kerosakan pada bahagian bumbung akibat dimakan anai-anai. Exco Pendidikan Negeri, Rozieana Ahmad, menjelaskan kesemua bangunan yang mengalami masalah itu merupakan bangunan berusia lebih 50 tahun, yang menggunakan kekuda kayu asli sebagai struktur alang bumbung.