Tutup

56 warga China ditahan terlibat sindiket judi atas talian

Polis menahan 56 individu termasuk lapan wanita warga China yang terbabit dengan sindiket judi dalam talian antarabangsa 27 Jun lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof serbuan di kondominium di Sungai Long, Kajang dilakukan pada 12.30 tengah malam.