Tutup

7,200 anggota JPAM mengawal laluan dalam Ops Bantu

Seramai 7,200 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) digerakkan dalam Ops Bantu 11 dengan memberi tumpuan kepada 86 laluan sempena Hari Raya Aidilfitri di seluruh negara. Ketua Pengarahnya, Datuk Zaitun Ab Samad berkata, terdapat 200 kenderaan JPAM akan digunakan bagi membantu pengguna jalan raya sampai ke destinasi dengan selamat.