Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

7,600 penjaja raih jualan RM35 juta menerusi platform digital Bross ketika Ramadan

Pandemik COVID-19 dan PKP membawa kepada perubahan lanskap perniagaan yang lebih menjurus kepada penggunaan teknologi digital dalam kehidupan harian dan operasi perniagaan. Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa, Industri Terminal dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Mohd Naroden Majais berkata antara inisiatif yang diambil membantu penjaja dan peniaga kecil semasa PKP termasuk Platform Bazaar Rakyat Online Sarawakku Sayang (BROSS) di seluruh Sarawak.