Tutup

7 juta pengunjung disasarkan berkunjung ke Kedah

Kerajaan negeri Kedah menyasarkan sekitar tujuh juta pelancong untuk berkunjung ke negeri jelapang padi sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020 terutama menerusi penganjuran lebih 20 program bertaraf antarabangsa. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni Budaya, Belia dan Sukan Kedah, Asmirul Anuar Aris, pihaknya juga akan memberi lebih tumpuan untuk memperhebatkan promosi daerah daerah lain di negeri Kedah selain Langkawi.