announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Video  | 

7 maut kemalangan di Bali

Sekurang-kurangnya tujuh dilaporkan maut dalam nahas bas di pulau peranginan Bali, Indonesia. Lima daripada mangsa membabitkan pelancong China manakala lapan terselamat. Nahas berlaku selepas bas yang dinaiki kesemua 13 pelancong warga China itu menjunam ke dalam cerun berhampiran dalam kejadian dekat Pecatu. Menurut saksi, enjin kenderaan yang dinaiki hilang kuasa ketika ia mendaki kawasan bukit sebelum berundur ke belakang dan kemudian menjunam ke dalam cerun sedalam 15 meter. Nahas yang berlaku turut meragut nyawa pemandu pelancong dan pemandu kenderaan berkenaan. Kedua mereka disahkan warga tempatan.