Tutup

8 warga China di Johor negatif Koronavirus

Hasil ujian klinikal Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) hari ini mendapati kesemua lapan warga China berasal dari Wuhan yang memasuki Johor Bahru pada Khamis disahkan negatif Koronavirus. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Kesihatan dan Sumber Manusia Johor, Aminolhuda Hassan berkata pihaknya akan terus memantau kesemua mereka yang terdiri daripada 4 kanak kanak dan 4 dewasa.