Tutup

83 peratus netizen yakin atlet wanita setanding atlet lelaki

Arena sukan pada hari ini memerlukan lebih ramai penglibatan golongan wanita yang berwawasan dan berkeyakinan tinggi sebagai platform dalam memartabatkan wanita di Malaysia. Realitinya, ramai yang berpendapat bahawa tidak mustahil untuk atlet wanita menjadi penyumbang pingat emas pertama kepada negara menerusi Sukan Olimpik.