announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Abang dibunuh, disimen dalam tong air

Mayat seorang lelaki ditemukan di dalam tong air yang disimen dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Padang Hassan, Kepala Batas, Alor Setar, Kedah pagi Ahad. Mayat mangsa berusia 34 tahun itu dijumpai jam 7 pagi tadi selepas polis menahan suspek yang juga adik tiri mangsa yang sedang tidur di rumah berkenaan.