Abdul Hadi Awang nafi keluarkan kata kesat terhadap DAP

Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng diminta mengemukakan bukti bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mengeluarkan perkataan kesat terhadap DAP. Abdul Hadi turut menyarankan Guan Eng merujuk kenyataan media atau ceramahnya sebelum ini bagi menentukan kesahihan dakwaan terbabit.