Tutup

Ada SOP yang ditetapkan buat penaja Gegar Vaganza

Isu kontroversi penaja yang melanda program realiti Gegar Vaganza sebelum ini adalah satu perkara di luar kawalan pihak GV dan tidak dijangka berlaku. Bagaimanapun, menurut Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro Raqim Ahmad, program itu ada meletakkan Standard Operasi Prosedur (SOP) kepada penaja bagi memastikan mereka mengikut ketetapan yang disediakan.