Adakah penantian 14 tahun Liverpool bakal berakhir?

Menjelang perlawanan final Liga Juara Juara UEFA awal pagi esok. Adakah penantian 14 tahun Liverpool akan berakhir kurang tujuh jam lagi? Pada jam 3 pagi Ahad, The Reds akan berdepan Tottenham Hotspurs di pentas akhir kejuaraan terbesar bola sepak kelab di dunia. Berbondong-bondong peminat membanjiri madrid, sepanyol untuk hari keramat ini, termasuk Asran Rozain, warga malaysia yang telah mengembara beribu kilometer untuk ke stadium Wanda Metropolitano. Dan Asran menyertai kami di talian sekarang secara langsung dari Madrid.