Adakah serangan AS ke Iran deklarasi peperangan?

Susulan pembunuhan Jeneral Qasem Soleimani, World War Three menjadi topik utama yang disebut di media sosial apabila ramai yang menjangkakan ia akan menjurus kepada peperangan. Namun, menurut Profesor Madya Dr Mohd Roslan Mohd Nor, Pensyarah Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam di Universiti Malaya, sama ada peperangan akan tercetus bergantung kepada reaksi Tehran.