Tutup

Adakah siaran TV anda ke peringkat antarabangsa? - Tanya Tun Mahathir

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut berkesempatan melihat operasi media, termasuk bilik yang dikhaskan untuk Astro AWANI, petang tadi. Kehadiran beliau disambut editor, Dzulfitri Yusop dan wartawan kanan Harits Asyraf Hasnan, beserta kru yang lain. Dalam sesi yang singkat itu, kedua-dua wakil berkenaan sempat menjelaskan mengenai operasi pemberitaan Astro AWANI dalam usaha menyampaikan liputan komprehensif sepanjang sidang berlangsung melalui platform TV, laman web serta akaun sosial media rasmi.