Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Agong solat Aidiladha di tengah kelaziman baharu

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini, berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota, Kuantan, bersama ribuan jemaah dalam suasana norma baharu. Turut mengiringi badinda Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad; barisan Exco, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman dan Ketua Polis Pahang Datuk Abd Jalil Hassan.