Tutup

AI: Kongres Nasional PKR medan penyatuan semula ahli pasca pemilihan - Anwar

Bakal Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat pertentangan sengit antara dua kem sepanjang pemilihan sebagai cerminan kematangan ahli dalam memilih barisan kepimpinan. Dalam bual bicara mingguan eksklusif AI, Anwar menyeru penyatuan semula sempena Kongres Nasional PKR 2018 untuk menggarap dan mendokong kekuatan semua ahli yang berpayung di bawah prinsip dan agenda reformasi.