AI: Muafakat Kuat Mahathir-Anwar

Bakal Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ceramah mega bersejarah di Port Dickson pada Isnin sebagai isyarat muafakat kuat Pakatan Harapan. Bersama semula sepentas selepas 20 tahun, gandingan Mahathir-Anwar menampilkan citra muafakat yang diharap melenyapkan persepsi negatif terhadap dinamik hubungan dua tokoh itu.