Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Aidilfitri 2020: Sesuaikan diri beraya dengan norma baharu

Aidilfitri kali ini disambut dalam suasana norma baharu, masing-masing menyesuaikan diri menyambutnya dengan mematuhi SOP sebagai usaha mengekang penularan wabak COVID-19. Tidak terkecuali, Norul Akma Mohd Zain, 34, dari Teluk Air Tawar, Pulau Pinang, yang sudah membuat persiapan awal bagi menyambut tetamu dirumahnya.