Tutup

Ainul Mardhiah sudah boleh bernafas sendiri - Bapa

Bayi yang menghidap 'germ cell tumor' Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, yang genap 10 bulan pada Khamis, akan menjalani pembedahan membetulkan sumbing lelangitatau cleft palate di sebuah hospital di London. Menurut ayahnya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, anaknya memiliki sumbing lelangit sejak dilahirkan.