Tutup

Air Selangor pemegang lesen tunggal perkhidmatan air mulai 13 Sept ini

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mencatat detik bersejarah apabila menjadi pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air yang melaksanakan aktiviti rawatan dan agihan bekalan air kepada pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Suhaimi Kamaralzaman berkata Air Selangor berjaya memuktamadkan sepenuhnya penstrukturan industri bekalan air susulan menyempurnakan pengambil alihan lima syarikat konsesi milik swasta.