Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Akta 342 tetap digunakan walaupun PKP ditamatkan

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, tamat atau tidak PKP, KKM masih belum bersedia untuk keluar daripada strategi sedia ada justeru Akta 342 masih diguna pakai sebagai pemantauan dan pengawasan apabila membuka banyak sektor. Katanya, akta itu penting bagi membantu KKM menguatkuasakan SOP dan mengawal penularan jangkitan COVID-19.