Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Alias nafi jadikan Rosmah sebagai kambing hitam

Seorang saksi dalam perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor, berhubung pembekalan dan pemasangan sistem tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak, didakwa menjadikan isteri bekas perdana menteri itu sebagai kambing hitam, dalam kes berkenaan. Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad menafikan dia berbuat demikian untuk menyalamatkan dirinya daripada dikaitkan dengan penipuan kontrak projek berkenaan ketika disoal oleh peguam Rosmah, Datuk Akberdin Abdul Kadir.