Tutup

AMK serah kepada polis siasat kekecohan

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyerahkan kepada pihak polis susulan insiden kekecohan yang berlaku sewaktu kongres sayap itu berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC). Ketuanya Akmal Nasir berkata, beliau kesal perkara itu terjadi kerana ia mengganggu kelancaran perbahasan dan sedikit sebanyak memburukkan imej Parti Keadilan Rakyat selaku tunjang dalam Pakatan Harapan.