Tutup

Anak 12 tahun mangsa bapa durjana

Seorang pemandu lori mengaku bersalah atas empat pertuduhan termasuk melakukan sumbang mahram terhadap anaknya yang berusia 12 tahun. Tertuduh yang berusia 41 tahun di dakwa mengikut Seksyen 376 B kanun keseksaan, Seksyen 377 B kanun keseksaan dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana menghasilkan video pornografi.