Tutup

Ancaman bom Kompleks Mahkamah KL di Jalan Duta

Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta bertukar panik apabila kesemua kakitangan serta orang ramai diminta meminta mengosongkan bangunan susulan terdapat ancaman bom sekitar jam 12.30 tengah hari. Ketika ini, perbicaraan kes SRC International melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berlangsung di aras lima kompleks mahkamah berkenaan.