Tutup

Ancaman ular meningkat 20%

Ancaman daripada haiwan liar khususnya ular berbisa yang menceroboh kediaman penduduk di daerah Kota Setar, Kedah meningkat 20 peratus berbanding tahun lalu. Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Setar, Kapten Saifuddin Abdullah memaklumkan, peningkatan itu disebabkan cuaca panas akibat musim el-nino sekali gus mendorong haiwan berbisa itu mencari perlindungan baru.