Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Anggota bomba melecur ketika selamatkan rumah sendiri

Seorang anggota bomba melecur perut, lengan dan belakang badan ketika cuba memadam api dalam kebakaran yang berlaku di rumahnya di Lorong Bunga Raya, Jalan Ampang Jajar, Alor Setar, pada Ahad. Dalam kejadian jam 3.30 petang itu anggota terbabit, Mohd Izaham Md Isa, dikatakan sedang naik ke tingkat atas rumah untuk mengambil barang sebelum ternampak api.