Anwar hadir beri keterangan di Bukit Aman

Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Bukit Aman pada Khamis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan cabul yang dibuat bekas pegawai penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther. Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Farid-Alathrash Wahid, Presiden PKR itu hadir pada jam 3.45 petang bersama peguam dan setiausahanya.